Skip to content

Teras Legacy Memenangi Anugerah Di “Takaful Star Award” 2022

Barisan Principal Teras Legacy Sdn Bhd (Dari Kiri): En Kamarul Ali,COO. En Jefri Othman, CAO. Hj Redzuan Jaafar, CEO. Hj Hisham Taib, CFO.

2 Nov 2022, Rabu: Syarikat Teras Legacy Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai pemenang dalam acara “Takaful Star Awards 2022” anjuran Malaysia Takaful Associate (MTA) di MITEC.

“Takaful Star Awards” adalah acara tahunan bagi memberi pengiktirafan kepada pemain industri takaful di Malaysia. Pengiktirafan ke atas pencapaian bagi setiap syarikat takaful yang terbaik, agensi terbaik dan ejen terbaik.

Pada acara gilang-gemilang yang bertemakan “Night of The Shooting Stars” yang diadakan pada malam tadi, Teras Legacy telah membawa pulang piala anugerah bagi kategori Syarikat ALC terbaik 2022.

Tn Hj Redzuan Jaafar, CEO Teras Legacy menerima anugerah di atas pentas.
Trofi Anugerah yang diterima.

Ini adalah anugerah kedua yang telah diterima oleh Teras Legacy sejak mula beroperasi pada September 2020 yang lalu. Pada tahun 2021, pihak Teras Legacy telah memenangi anugerah “Fastest Business Growth for ZFN” daripada Zurich Takaful Malaysia Berhad.

Kejayaan-kejayaan ini adalah hasil kerja berpasukan dari semua 41 pemimpin agensi dan 600 orang ejen yang berdaftar di bawah Teras Legacy Sdn Bhd.

Kami percaya dengan kejayaan ini, kami menjadi lebih yakin dan mampu berdaya saing dengan syarikat ALC lain di Malaysia. Ia juga menjadi pembakar semangat untuk kami mengakhirkan perniagaan tahun 2022 ini dengan mencapai sasaran yang telah kami tetapkan pada awal tahun.

Menjelang tahun 2023, kini kami membuka peluang untuk lebih ramai individu-individu yang berpotensi dan mempunyai “business minded” menyertai kami.

Peluang untuk anda menerokai satu perniagaan tanpa modal dan keuntungan dijamin. Anda juga layak membina agensi anda sendiri dalam tempoh 3 bulan sahaja dan anda boleh legasi perniagaan agensi anda kepada keluarga anda.

Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang Teras Legacy, anda boleh klik pautan ini https://teraslegacy.com/leaders/

Pemengang Anugerah Syarikat ALC Terbaik
Barisan tetamu jemputan dari syarikat Zurich Takaful
Gambar bersama (dari kiri): En Shahrizal CAM SRA Empire, En Iman Amrizal Founder Iman Legacy, En Abu Bakar CAM Zurich Takaful, En Ezani Founder GE Empire, En Shahril Founder AP Legacy, En Salim Majid Zain CEO FWD Takaful, Hj Redzuan CEO Teras Legacy, En Hamzavi Founder Caliph Group dan En Zulkifi Ahmad Chief Advisor Arrazaq Consultancy.