Skip to content

Tentang Kami

Teras Legacy It's all about trust

Teras Legacy diambil daripada nama Kumpulan Terasbumi yang diasaskan oleh lagenda industri insurans di Johor, Allahyarham Tuan Haji Md Taib Sadikoromo di mana beliau merupakan ketua pengasas kepada empat pengasas Teras Legacy.

Teras Legacy Sdn Bhd ialah ALC Zurich Takaful dan telah didaftarkan pada 8 Ogos 2020 dan beroperasi secara rasmi bermula 1 September 2020. Diasaskan oleh 4 Ketua Agensi yang mempunyai pengalaman luas dengan keseluruhan gabungan pengalaman selama 80 tahun.

Sensitif terhadap perkembangan dan landskap baharu industri takaful, Teras Legacy ditubuhkan untuk memberi impak dan memperkenalkan sistem baharu dalam pemasaran produk Zurich Takaful Malaysia Berhad.

Visi

Mengubah persepsi rakyat Malaysia bahawa Takaful adalah mudah.

Misi

Komited dan berazam untuk memastikan agensi kami berjaya, pelanggan kami selesa dan sentiasa releven dengan era fintech.

Nilai Utama

Trust, Teamwork, Transparent, Tawakkal

Matlamat

10,000 keluarga dilindungi tahun 2023

18 juta nilai jualan tahunan 2023

Pengasas

Ketua Pegawai Eksekutif

Dr Hj Mohd Redzuan Mohd Jaafar

  • Certified Managing Financial Advisor, LIMRA USA
  • Chartered Insurance Agency manager, LIMRA USA
  • Certified Agency Manager, Universiti Malaya

“Beri peluang dan ruang untuk diri sendiri dan lakukan yang paling terbaik”


Ketua Pegawai Pentadbiran

En Jefri Othman

  • Certified Agency Manager, Universiti Malaya

“Orang berjaya sentiasa mencari peluang, orang gagal sentiasa mencari alasan”


Ketua Pegawai Operasi

En Mohd Kamarul Ali

  • Certified Agency Manager, Universiti Malaya

“Kejayaan bukanlah kewajipan, berusaha untuk berjaya itulah kewajipan”


Ketua Pegawai Kewangan

Hj Mohd Hisham Md Taib

  • Certified Agency Manager, Universiti Malaya

“Kejayaan bukan milik orang pandai, kejayaan adalah milik orang yang rajin”

Rangkaian Francais Zurich (ZFN) ialah rangkaian Agency Leader Corporation (ALC) yang ditandatangani dengan Zurich Life Insurance Malaysia Berhad / Zurich Takaful Malaysia Berhad. Sebagai rakan kongsi pengedaran Zurich di Malaysia, kami komited untuk membantu anda memahami risiko anda dengan lebih baik dan memberi anda penyelesaian yang disesuaikan yang memenuhi keperluan anda.

Pusat Latihan – Ideas Pod

Ideas Pod ialah akademi latihan untuk Teras Legacy Sdn Bhd. Landskap baharu untuk melatih kemahiran individu dan kumpulan untuk Teras Legacy dalam meneruskan kejayaan dalam industri takaful. Terletak berhampiran pejabat utama kami.

Ayuh Sertai Kami!

Kami sedang mencari individu yang cerah, bertenaga dan bersemangat untuk menyertai kami dalam perjalanan kami untuk membantu orang ramai mengubah hidup mereka dengan Takaful.