Skip to content

Perasmian Ideas Pod Teras Legacy

Pengasas Teras Legacy. Dari kiri: En Kamarul, Hj HIsham, Hj Redzuan, En Jefri

8 Julai 2022 bersamaan 8 Zulhijjah 1443. Satu lagi detik indah untuk warga Teras Legacy dengan pembukaan pusat latihan yang diberi nama Ideas Pod Teras Legacy.

Perasmian pembukaan ini dimulakan dengan Solat Isyak berjemaah dan majlis doa selamat yang disertai oleh 35 orang dan dipimpin oleh Chief Advisor Ustaz Ismail Sajiman.

Majlis Doa Selamat di ruang solat Ideas Pod

Ideas Pod yang berkonsep santai ini telah mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. Kerja-kerja renovasi bermula dari bulan May 2022 dengan kos keseluruhan hampir RM60,000.

Ideas Pod ini mempunyai 3 ruang, dimana ruang utama iaitu Ipod Hall yang boleh menampung 20-30 orang untuk sesuatu majlis. Manakala ruang Ipod 1 adalah bilik latihan yang boleh memuatkan 30-40 orang. Serta ruang Ipod 3 juga bilik latihan yang boleh memuatkan 5-10 orang.

Kemudahan yang kami sediakan disini mengikut peredaran teknologi terkini termasuklah 2 buah smart TV 54 inchi dan sistem pembesar suara bagi tujuan latihan yang lebih efektif dan menyeronokkan. Bagi menimbulkan rasa santai warga Teras Legacy yang ke sini, kami sediakan ruang pantri yang lengkap dengan penapis air, freezer dan tidak dilupakan juga ruang solat yang selesa.

Ipod 1
Ipod 2

Jom Bersama Kami. Bina Agensi Anda.

Segala kemudahan telah siap tersedia.

Anda boleh gunakannya dengan gembira.

Ideas Pod ini beralamat di 66-1 Jalan Setia Tropika 1/18, dan anda boleh menuju ke sini berpandukan link google map ini https://goo.gl/maps/SAMmMtuYiCkpYHZx8.