Skip to content

Gegarstarz 2.0

22 Julai 2023, telah berlangsung acara Gegarstarz 2.0 di Opero Hotel Johor Bahru.

Acara ini telah dihadiri 200 orang tetamu termasuk para VVIP dan VIP jemputan. Gegarstarz 2.0 diadakan bagi mengiktiraf pencapaian para pejuang takaful kami iaitu ULTERAS Teras Legacy Sdn Bhd sepanjang tempoh perniagaan dalam tahun 2022 yang lalu.

Anugerah

Lebih 60 orang ULTERAS telah naik ke pentas pada acara tersebut sebagai penerima anugerah. Antara anugerah-anugerah yang diberikan ialah “Champion Category, Producers Category, Recruitment Category & Long Service Award“.

Pentas Gegarstarz 2.0 juga telah digegarkan dengan persembahan penyanyi otai iaitu Ayai Ilusi. Beliau telah mendendangkan 5 buah lagu pada malam tersebut.

Tema

Acara Gegarstarz 2.0 menjadi lebih meriah dan diingati kerana pada malam tersebut kesemua tetamu hadir dengan pakaian mengikut tema Peaky Blinders.

Secara kebetulan, pada malam tersebut juga adalah Hari perlawanan akhir FA Cup di Stadium Sultan Ibrahim, di mana suasana dalam stadium juga turut menaikkan Kain rentang Thomas Shelby, Peaky Blinders.

Penutup

Acara Gegarstarz 2.0 berakhir pada jam 11.30 malam selepas pengiktirafan Kategory Juara, Juara Executive Advisor, Juara Personal Producer, Juara Recruiter, Juara Chief Advisor Direct Group dan Juara Chief Advisor Whole Group.

Nantikan Gegarstarz 3.0 pasti akan lebih menggegarkan pada tahun hadapan.. Biiznillah.

Jumpa anda semua di pentas GEGARSTARZ 3.0 2024 nanti.

Gegarstarz2.0 by order of Teras Legacy