Gegarstarz 2.0

22 Julai 2023, telah berlangsung acara Gegarstarz 2.0 di Opero Hotel Johor Bahru.

Acara ini telah dihadiri 200 orang tetamu termasuk para VVIP dan VIP jemputan. Gegarstarz 2.0 diadakan bagi mengiktiraf pencapaian para pejuang takaful kami iaitu ULTERAS Teras Legacy Sdn Bhd sepanjang tempoh perniagaan dalam tahun 2022 yang lalu.

Anugerah

Lebih 60 orang ULTERAS telah naik ke pentas pada acara tersebut sebagai penerima anugerah. Antara anugerah-anugerah yang diberikan ialah “Champion Category, Producers Category, Recruitment Category & Long Service Award“.

Pentas Gegarstarz 2.0 juga telah digegarkan dengan persembahan penyanyi otai iaitu Ayai Ilusi. Beliau telah mendendangkan 5 buah lagu pada malam tersebut.

Tema

Acara Gegarstarz 2.0 menjadi lebih meriah dan diingati kerana pada malam tersebut kesemua tetamu hadir dengan pakaian mengikut tema Peaky Blinders.

Secara kebetulan, pada malam tersebut juga adalah Hari perlawanan akhir FA Cup di Stadium Sultan Ibrahim, di mana suasana dalam stadium juga turut menaikkan Kain rentang Thomas Shelby, Peaky Blinders.

Penutup

Acara Gegarstarz 2.0 berakhir pada jam 11.30 malam selepas pengiktirafan Kategory Juara, Juara Executive Advisor, Juara Personal Producer, Juara Recruiter, Juara Chief Advisor Direct Group dan Juara Chief Advisor Whole Group.

Nantikan Gegarstarz 3.0 pasti akan lebih menggegarkan pada tahun hadapan.. Biiznillah.

Jumpa anda semua di pentas GEGARSTARZ 3.0 2024 nanti.

Gegarstarz2.0 by order of Teras Legacy

Teras Legacy Memenangi Anugerah Di “Takaful Star Award” 2022

Barisan Principal Teras Legacy Sdn Bhd (Dari Kiri): En Kamarul Ali,COO. En Jefri Othman, CAO. Hj Redzuan Jaafar, CEO. Hj Hisham Taib, CFO.

2 Nov 2022, Rabu: Syarikat Teras Legacy Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai pemenang dalam acara “Takaful Star Awards 2022” anjuran Malaysia Takaful Associate (MTA) di MITEC.

“Takaful Star Awards” adalah acara tahunan bagi memberi pengiktirafan kepada pemain industri takaful di Malaysia. Pengiktirafan ke atas pencapaian bagi setiap syarikat takaful yang terbaik, agensi terbaik dan ejen terbaik.

Pada acara gilang-gemilang yang bertemakan “Night of The Shooting Stars” yang diadakan pada malam tadi, Teras Legacy telah membawa pulang piala anugerah bagi kategori Syarikat ALC terbaik 2022.

Tn Hj Redzuan Jaafar, CEO Teras Legacy menerima anugerah di atas pentas.
Trofi Anugerah yang diterima.

Ini adalah anugerah kedua yang telah diterima oleh Teras Legacy sejak mula beroperasi pada September 2020 yang lalu. Pada tahun 2021, pihak Teras Legacy telah memenangi anugerah “Fastest Business Growth for ZFN” daripada Zurich Takaful Malaysia Berhad.

Kejayaan-kejayaan ini adalah hasil kerja berpasukan dari semua 41 pemimpin agensi dan 600 orang ejen yang berdaftar di bawah Teras Legacy Sdn Bhd.

Kami percaya dengan kejayaan ini, kami menjadi lebih yakin dan mampu berdaya saing dengan syarikat ALC lain di Malaysia. Ia juga menjadi pembakar semangat untuk kami mengakhirkan perniagaan tahun 2022 ini dengan mencapai sasaran yang telah kami tetapkan pada awal tahun.

Menjelang tahun 2023, kini kami membuka peluang untuk lebih ramai individu-individu yang berpotensi dan mempunyai “business minded” menyertai kami.

Peluang untuk anda menerokai satu perniagaan tanpa modal dan keuntungan dijamin. Anda juga layak membina agensi anda sendiri dalam tempoh 3 bulan sahaja dan anda boleh legasi perniagaan agensi anda kepada keluarga anda.

Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang Teras Legacy, anda boleh klik pautan ini https://teraslegacy.com/leaders/

Pemengang Anugerah Syarikat ALC Terbaik
Barisan tetamu jemputan dari syarikat Zurich Takaful
Gambar bersama (dari kiri): En Shahrizal CAM SRA Empire, En Iman Amrizal Founder Iman Legacy, En Abu Bakar CAM Zurich Takaful, En Ezani Founder GE Empire, En Shahril Founder AP Legacy, En Salim Majid Zain CEO FWD Takaful, Hj Redzuan CEO Teras Legacy, En Hamzavi Founder Caliph Group dan En Zulkifi Ahmad Chief Advisor Arrazaq Consultancy.

Claim Takaful Kematian Lulus Dalam Sehari

Claim Takaful Kematian Cepat Lulus !

Syukur
Syukur
Syukur

Dgn kehendak dan izinNya.
Sepanjang saya bekerjaya dalam bidang takaful, hari ini Allah zahirkan betapa mulianya kerjaya ni sehingga dapat membantu keluarga yang diuji dengan kematian tunggak keluarga dan dikala ini sgt2 memerlukan sokongan moral & sokongan kewangan.

8 Ogos 2022, Client meninggal

Saya outstation pada hari tersebut sehinggalah 11/8/22 baru saya dapat melawat keluarga mendiang. Dapatkan dokumen yang ada dan terangkan semula apa polisi yang client ada.

11 Ogos 2022, Submit claim

Petang tersebut, saya tawakal submit semua claim dokumen secara online setelah semua disahkan “certified true copy” kesemua dokumen.

Alhamdulillah. Permohonan claim berjaya dan waris client juga mendapat makluman proses melalui email & sms.

12 Ogos 2022, Pengesahan claim dari Zurich Takaful

12/8/22 hari jumaat, selesai solat jumaat lebih kurang jam 3.30ptg, saya dapat sms dari system zurich,

𝗥𝗠𝟬 𝗭𝗨𝗥𝗜𝗖𝗛 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟: 𝗖𝗹𝗮𝗶𝗺 𝗻𝗼. 𝟬𝟮𝟮𝘅𝘅𝘅𝘅𝘅𝘅 𝗳𝗼𝗿 𝗖𝗲𝗿𝘁 𝗻𝗼. 𝗭𝟭𝟳𝘅𝘅𝘅𝘅𝘅𝘅𝘅𝘅 𝗵𝗮𝘀 𝗯𝗲𝗲𝗻 𝗮𝗽𝗽𝗿𝗼𝘃𝗲𝗱. 𝗣𝗮𝘆𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗶𝘀 𝗯𝗲𝗶𝗻𝗴 𝗽𝗿𝗼𝗰𝗲𝘀𝘀𝗲𝗱

Masa ni, hanya Allah je yg tahu mcm mana perasaan.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. mcm tak percaya pun ada.. terus whatsapp cikgu Azha Syazri Azizan tanya.. kalau terima sms mcm ni maknanya dah Approve la kan cikgu.. & cikgu pun mengiyakan.. Allahuakbar… Terus cek email.. skali lagi terkejut… Mmg betul dah Approved & figure pun dah ada. Alhamdulillah terus maklum kepada sahabat2 terdekat & share dengan team.

Terus whatsapp waris, tanya ada terima SMS?

Mereka reply “betul ka, claim sudah Appove?”

Saya hanya mampu balas “Ya” tak terkata dah time ni.

Malam lebih kurang jam 10.10mlm dpt lagi 1 sms dari system Zurich

𝗥𝗠𝟬 𝗭𝗨𝗥𝗜𝗖𝗛: 𝗣𝗮𝘆𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗳𝗼𝗿 𝗖𝗹𝗮𝗶𝗺 𝗻𝗼. 𝟬𝟮𝟮𝘅𝘅𝘅𝘅𝘅𝘅 𝘄𝗶𝗹𝗹 𝗯𝗲 𝗽𝗮𝗶𝗱 𝘂𝗽𝗼𝗻 𝘀𝘂𝗰𝗰𝗲𝘀𝘀𝗳𝘂𝗹 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝗰𝗹𝗲𝗮𝗿𝗮𝗻𝗰𝗲. 𝗨 𝗺𝗮𝘆 𝗮𝗹𝘀𝗼 𝗿𝗲𝗰𝗲𝗶𝘃𝗲 𝗮𝗻 𝗦𝗠𝗦 𝘁𝗼 𝘀𝗵𝗮𝗿𝗲 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗰𝗹𝗮𝗶𝗺 𝗲𝘅𝗽𝗲𝗿𝗶𝗲𝗻𝗰𝗲 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝘂𝘀.

Kali ni sbb tengah sembang2 dengan founder NR Legacy Naim Razak terus tunjuk sms kt dia..

“perghhh.. cepat betul proses!”

Alhamdulillah.. syukur.. sekali lagi whatsapp waris mendiang,

“wah.. betul ka claim tinggal tunggu bayar?”..

waris pun tak percaya. Cepat sungguh..

16 Ogos 2022, Pembayaran dibuat

16/8/22 jam 5.18 ptg, dapat whatsapp dari waris mendiang

” sudah bank in”

sambil disertakn gambar transaksi bank. time ni mmg paling bersyukur sgt2 dapat bantu proses claim sehingga dapat dan selesai..Alhamdulillah.

“Terima kasih mir”

Word of the day hari ni buat saya.

penyerahan cek claim takaful kematian kepada waris

Kenapa saya share?

  • sebab bersyukur dapat bantu keluarga ini
  • sebab saya sendiri tak ada duit banyak tu dalam poket nak bantu keluarga mendiang yang ditimpa musibah.
  • sebab asbab kesedaran bertakaful, 1keluarga dapat dibantu dikala sgt2 memerlukan
  • sebab masih ramai lagi kenalan & saudara seagama yg masih lagi belum menyiapkan persiapan ini untuk keluarga
  • sebab ramai masih mempertikai, boleh dapat ke HIBAH ni?
  • sebab masih ramai belum memiliki takaful kerana masih MEMILIH AGEN & SYARIKAT TAKAFUL (BRAND). Sampai bile wei??

Semoga bermanfaat.

Perkongsian daripada:
CHIEF ADVISOR AMIR IDRIS
AI LEGACY
Member of TERAS LEGACY

Sinar Senyuman Al-Shams, Teras Legacy materai MoU dengan OKU Sentral

Majlis Pelancaran Program Sinar Snyuman Al-Shams

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2022 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara OKU Sentral dan Teras Legacy telah diadakan di Pavilion Hotel, Kuala Lumpur pada hari Khamis, 7 Julai 2022 jam 2.30 petang dengan menyaksikan termerterainya secara rasmi kerjasama antara kedua-dua pihak.

YouTube player

Memorandum Persefahaman ini ditandatangani oleh YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi selaku President OKU Sentral manakala di pihak Teras Legacy, memorandum ditandatangani oleh Dr Hj Redzuan Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif. Majlis disaksikan oleh Hj Nazrul Hisham, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful, bersama Tuan Daniel Sharani, Deputy President OKU Sentral serta En Zaidi Adnan, Chief Advisor Teras Legacy selaku orang yang bertanggungjawab untuk program Sinar Senyuman Al-Sham ini.

Kredit Foto: BERNAMA

Demi mempermudah akses perlindungan kewangan takaful kepada golongan kurang berupaya, Program Sinar Senyuman Al-Shams oleh Zurich Malaysia kembali memberi sinar harapan kepada golongan OKU. Menurut Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, program ini menawarkan perlindungan kewangan kepada OKU dengan kadar bayaran serendah RM50 sebulan.

Pakej ini dikenakan bayaran serendah RM50 sebulan yang menawarkan perlindungan berjumlah RM50,000 hingga RM350,000 dengan pelbagai manfaat bukan sahaja kepada pencarum malah ahli keluarga. 

Pada majlis tersebut, kedua-dua pihak telah menzahirkan rasa syukur atas termaktub kerjasama ini di mana Teras Legacy dapat menyumbang dari segi peluang pekerjaan dan permohonan takaful yang dijamin lulus untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi pula berkata pihaknya amat bersyukur kerana ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan bertahun lamanya oleh golongan itu.

“Jadi ini adalah sesuatu perkara yang sudah lama kami lalui dan ibu bapa kami gusar apabila mereka tiada nanti.

“Namun dengan adanya pakej ini, kesemua OKU daripada 7 kategori akan diberi peluang untuk mendapat perlindungan insurans tanpa perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor,” katanya.

Beliau juga berkata perjanjian itu akan memberi peluang kepada OKU untuk berdikari dengan menyokong diri mereka bekerja dan pekerjaan ini boleh dilaksanakan secara online sahaja.

Peluang kerjaya untuk golongan OKU dan peluang untuk golongan OKU memiliki hibah takaful kini terbuka cerah bersama Teras Legacy.

Sesi sidang media bersama BERNAMA

Majlis berjalan lancar dan berakhir pada jam 5.30 petang dengan sesi sidang media bersama BERNAMA dan sesi bergambar.

Tahniah kepada Zurich Takaful serta Teras Legacy Sdn Bhd. Tahniah juga kepada YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi. Dan juga terima kasih kepada semua warga yang hadir dan juga Persatuan yang hadir. Insyaallah kami warga sukan Para tidak akan melepaskan peluang ini dan menyertai program insuran Takaful Al-Shams oleh Zurich Takaful.

Untuk liputan lanjut boleh dibaca di laman web rasmi berita KOSMO dan BERNAMA.

Berita Kosmo

Perasmian Ideas Pod Teras Legacy

Pengasas Teras Legacy. Dari kiri: En Kamarul, Hj HIsham, Hj Redzuan, En Jefri

8 Julai 2022 bersamaan 8 Zulhijjah 1443. Satu lagi detik indah untuk warga Teras Legacy dengan pembukaan pusat latihan yang diberi nama Ideas Pod Teras Legacy.

Perasmian pembukaan ini dimulakan dengan Solat Isyak berjemaah dan majlis doa selamat yang disertai oleh 35 orang dan dipimpin oleh Chief Advisor Ustaz Ismail Sajiman.

Majlis Doa Selamat di ruang solat Ideas Pod

Ideas Pod yang berkonsep santai ini telah mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. Kerja-kerja renovasi bermula dari bulan May 2022 dengan kos keseluruhan hampir RM60,000.

Ideas Pod ini mempunyai 3 ruang, dimana ruang utama iaitu Ipod Hall yang boleh menampung 20-30 orang untuk sesuatu majlis. Manakala ruang Ipod 1 adalah bilik latihan yang boleh memuatkan 30-40 orang. Serta ruang Ipod 3 juga bilik latihan yang boleh memuatkan 5-10 orang.

Kemudahan yang kami sediakan disini mengikut peredaran teknologi terkini termasuklah 2 buah smart TV 54 inchi dan sistem pembesar suara bagi tujuan latihan yang lebih efektif dan menyeronokkan. Bagi menimbulkan rasa santai warga Teras Legacy yang ke sini, kami sediakan ruang pantri yang lengkap dengan penapis air, freezer dan tidak dilupakan juga ruang solat yang selesa.

Ipod 1
Ipod 2

Jom Bersama Kami. Bina Agensi Anda.

Segala kemudahan telah siap tersedia.

Anda boleh gunakannya dengan gembira.

Ideas Pod ini beralamat di 66-1 Jalan Setia Tropika 1/18, dan anda boleh menuju ke sini berpandukan link google map ini https://goo.gl/maps/SAMmMtuYiCkpYHZx8.

GEGARSTARZ 1.0

17 Mac 2022 – Iskandar Puteri, Johor.

Majlis meraikan dan menghargai pencapaian “warrior” Teras Legacy sepanjang tahun 2021. Event berlangsung pada 17 Mac 2022, Khamis di Event Gallery City Iskandar Puteri. Dihadiri seramai 200 orang termasuk VVIP iaitu Tn Hj Nazrul, CEO Zurich Takaful, barisan founders ZFN dari KEB Empire & Gemilang Empire, Head of ZFN, Southern Regional Sales Manager, Branch Sales Manager dan ramai lagi . Award & Recognition telah disediakan untuk pelbagai kategori seperti:

Kategori Million Dollar Agency (MDA)

Kategori Agency Leader

Kategori Creative Award

Kategori Personal Producer

Kategori Direct & Whole Group Champion

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah #awardees Gegarstarz1.0 dan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin/hadirat yang telah menghadiri majlis gilang gemilang ini.

Jumpa anda semua di tahun hadapan Gegarstarz2.0.


Senarai penuh penerima anugerah boleh dilihat di halaman Top Performer.



Gambar-gambar dan video liputan penuh untuk kemeriahan majlis boleh dilihat di laman Facebook rasmi Teras Legacy.

Akademi Teras Legacy

Adakah anda ibubapa yang mempunyai masalah dengan kerjaya anak-anak?

Anak graduate, ada Degree, ada Diploma tapi masih belum bekerja, tiada peluang pekerjaan.

Ataupun, anak ada pekerjaan tetapi masih harap anda sebagai ibubapa tanggung mereka, masih duduk satu rumah, anda bayar kereta mereka, lebih sedih anda juga yang bayar bil telepon dan internet mereka!

Ataupun, anak ada kerja tetapi sering bertukar-tukar kerjaya sebab tidak sesuai dengan minat dan masa yang tidak flexible. Terpaksa punch in/punch out.

Anak graduate, tapi kerja macam tak kerja. Dilema Ibubapa zaman ini.

YouTube player

Apa perasaan anda? Adakah anda risau tentang masa depan mereka?

Jika anda mahukan masa depan mereka lebih baik dan lebih berjaya, kami sedia membantu anda.

Kami ingin membantu ibubapa yang mempunyai dilema seperti berikut:-

  • Ibubapa yang ada anak yang belum mempunyai kerjaya yang tetap/stabil.
  • Ibubapa yang masih menanggung perbelanjaan anak yang graduate belum dapat bekerja.
  • Ataupun anak sudah bekerja tapi anda ibubapa masih terpaksa tanggung kehidupan mereka.

Bagaimana Akademi Teras Legacy dapat membantu?

AKADEMI TERAS LEGACY adalah satu akademi yang akan membina kerjaya dan masa depan anak anda. Kami bantu develop anak anda menjadi seorang Entrepreneur.

Scheme Allowance Start Up Entrepreneur kami sediakan untuk mereka sebanyak RM2400 sebulan.

So, apa tunggu lagi. Jom hantar anak anda sertai Akademi kami.

Mereka hanya perlukan sokongan dari anda. Selebihnya kami bantu anda. Anda takkan menyesal punya!

Macam mana nak daftar?

Mudah sahaja. Emailkan resume ke alamat: academy@teraslegacy.com

Atau daftar di halaman Sertai Kami.

Property Legacy

Property Legacy adalah satu perancangan untuk “Pendamai Hubungan Kekeluargaan” anda selepas anda meninggalkan mereka yang tersayang.
Teras Legacy Sdn Bhd
Tweet

Pengenalan

Pernahkah anda melihat bangunan khususnya rumah di tengah-tengah bandar atau di pedalaman kampung terbiar dan semakin usang? Apakah punca rumah tersebut terbiar?

Berikut adalah statistik dan puncanya yang dikeluarkan di dada akhbar;

Laporan akhbar menunjukkan statistik hak milik tanah.
Laporan akhbar menunjukkan statistik hak milik tanah.

Apa itu Pelan Property Legacy?

Maka dengan ini kami memperkenalkan satu Pelan Property Legacy untuk rakyat Malaysia khususnya kaum melayu.

Property Legacy adalah satu perancangan untuk “Pendamai Hubungan Kekeluargaan” anda selepas anda meninggalkan mereka yang tersayang.

Pelan Property Legacy ini membantu anda sebagai pemilik hartanah / rumah menyediakan dana legasi (Legacy Fund) untuk tujuan seperti berikut:

  • Bayaran kos pertukaran hak milik/tukar nama
  • Tebus hak faraid ahli keluarga daripada nilai hartanah anda
  • Membayar hutang (mortgage) hartanah anda ketika anda hilang pekerjaan akibat penyakit kritikal.

Adakah masalah ini akan berlaku kepada anda? Video ini menunjukkan permasalahan yang selalu berlaku selepas kematian pemilik asal rumah/hartanah.

YouTube player

Adakah anda perlu Pelan Property Legacy?

Disini kami sediakan juga satu contoh ilustrasi bagi memudahkan anda memahami kepentingan Dana Legacy dan Program Property Legacy ini.

Kes Pertama
Kes Kedua
Kes Ketiga

Tanya diri anda,

apa persediaan yang telah anda sediakan?

YouTube player

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Konsultan kami sekarang atau lihat perincian tentang Pelan Property Legacy dan pelan-pelan lain yang disediakan oleh Teras Legacy Sdn Bhd.

Azuandy Aradi Agency Opening Ceremony

7 April 2021. Pasir Gudang, Johor.

Azuandy Aradi Agency was officially inaugurated by Mr Redzuan Jaafar, Chief Executive Officer of Teras Legacy. Also present are other founders, Mr Kamarul Ali, Mr Hisham Taib, Mr Jefri Othman. The event was also enlivened by the presence of a small number of other guests. The ceremony began with the congregational Maghrib Prayer followed by the recitation of Yasin and Tahlil. Then Isyak obligatory prayers in congregation. The ceremony continued with a welcome speech from Mr Azuandy and the sharing of ideas and experiences from the founders.

RIG LEGACY Opening Ceremony

10 March 2021. Ipoh, Perak

RIG LEGACY was official inaugurated by Mr Nazrul Namizan bin Ahmad, Chief Agency Officer of Zurich Takaful Malaysia Berhad. Also present were the founders of Teras Legacy, Mr Redzuan Jaafar, Mr Jefri Othman, Mr Kamarul Ali and Mr Hisham Taib. The ceremony continued with photograph and autograph session. The ceremony was held at the RIG LEGACY office located at the Tasek Indra Trade Center, Ipoh, Perak. The event was also attended by about 70 guests. The ceremony ended with a luncheon